Friday, July 20, 2012

Toyota Seg AE101


Toyota satu jenama antara yang paling digemari di asia juga di negara barat. Mempunyai lingkungan harga yang amat berpatutan disamping kualiti yang sangat memuaskan.


Buat yang pertama kalinya untuk entry ini saya ingin berkongsi pada anda semua salah satu antara model keluaran Toyota yang tidak kurang hebatnya sekitar keluaran tahun 1990-1994 iaitu Toyota Seg Ae101/Ae100. Saya salah seorang pengguna kereta tersebut yang dibeli di salah sebuah car dealer di Sungai Buloh. Kereta keluaran tahun 1994 ini saya beli dengan harga Rm18,500 bertransmisi auto dan bersesaran 1600cc. Walau hayat kereta tersebut yang hampir mencecah hampir 17 tahun tetapi kondisi keseluruhan badan kereta masih utuh dan masih baik. Dengan enjin yang senyap dan pemanduan selesa saya rasa sangat berbaloi dengan harga jika dibandingkan dengan usia.

Bagi pengunaan bahanapi pula amat memuaskan kerana enjin kereta tersebut dibina dengan bermotifkan penjimatan bahanapi. Enjin asal untuk model AE101 ialah 4A-FE, 4-cylinder in line, 4 valves, DOHC, belt & gear drive. Untuk perjalanan dari Batu 3 Shah Alam ke plaza tol Tangkak hanya memerlukan lebih kurang RM25 sahaja dalam lingkungan kelajuan dari 110-130km/h. Yang peliknya pernah juga saya memandu dari Ipoh menuju ke plaza tol tangkak hanya RM30 sahaja dengan muatan tiga orang. Mungkin mustahil tapi itulah pengalaman saya yang ingin saya kongsikan kepada anda.
4A-FE specifications

 Toyota seg Ae101 mempunyai dua variasi iaitu bersesaran 1.6cc dan juga 1.3cc. Ae101 super touring dan produk selanjutnya seperti Ae111:

standard Toyota Ae101


Toyota seg Ae111


Ae111 second model


Toyota seg Ae101 US spec


Toyota seg super touring


Kesimpulannya bagi saya kereta Toyota seg ini mempunyai  ciri-ciri sebuah kereta  yang masih sesuai digunakan walau agak ketinggalan zaman kerana hasil mutu pembuatannya yang baik pada masa itu dan mungkin juga kini.



Modifikasi

Bersambung.....

8 comments :

  1. Good job,keep it up n thumbs up fr u...cayok2 hehe
    oh ye seg jenis ape yg trbaik dn yg paling penting jimat minyak hehehe...

    ReplyDelete
  2. thanks bro, seg yg enjin standard pon dah ok 4A-FE

    ReplyDelete
  3. btul tu brader...enjin standard 4A-FE pun dah power bagi saya yg dah berumur..setakat 120-130 kmj tu takde problem langsung

    ReplyDelete
  4. Toyota saya juga sama model dan keluaran. Tapi dah mula problem ekoran faktor usia yg dh mengjangkau 25 tahun.
    Maslahnya skrg minyak stering sentiasa habis sebab bocor. Dalam 3 hari isi lagi... Kawan cakap stering ride yg problem dan harus ganti.
    Kalau sesiapa ada spaire yg recond punya boleh hubungi wasap saya http://www.wasap.my/01137324356
    Terima kasih... Semuga semua sentiasa dlm rohmatNya. Aamiiin....

    ReplyDelete
  5. kereta saya toyota seg 101,dah 3kali tukar enjin,bukan sebab rosak,sebab nak merasai enjin-enjin lain(4age),(2zz),last2 guna balik enjin 4afe,sbb jimat minyak

    ReplyDelete
  6. Ae10101.6 auto....tekan minyak rasa berat nak jalan...adakah kerana masalah gearbox

    ReplyDelete