Toyota satu jenama antara yang paling digemari di asia juga di negara barat. Mempunyai lingkungan harga yang amat berpatutan disamping kualiti yang sangat memuaskan.
Buat yang pertama kalinya untuk entry ini saya ingin berkongsi pada anda semua salah satu antara model keluaran Toyota yang tidak kurang hebatnya sekitar keluaran tahun 1990-1994 iaitu Toyota Seg Ae101/Ae100. Saya salah seorang pengguna kereta tersebut yang dibeli di salah sebuah car dealer di Sungai Buloh. Kereta keluaran tahun 1994 ini saya beli dengan harga Rm18,500 bertransmisi auto dan bersesaran 1600cc. Walau hayat kereta tersebut yang hampir mencecah hampir 17 tahun tetapi kondisi keseluruhan badan kereta masih utuh dan masih baik. Dengan enjin yang senyap dan pemanduan selesa saya rasa sangat berbaloi dengan harga jika dibandingkan dengan usia.
Bagi pengunaan bahanapi pula amat memuaskan kerana enjin kereta tersebut dibina dengan bermotifkan penjimatan bahanapi. Enjin asal untuk model AE101 ialah
4A-FE, 4-cylinder in line, 4 valves, DOHC, belt & gear drive. Untuk perjalanan dari Batu 3 Shah Alam ke plaza tol Tangkak hanya memerlukan lebih kurang RM25 sahaja dalam lingkungan kelajuan dari 110-130km/h. Yang peliknya pernah juga saya memandu dari Ipoh menuju ke plaza tol tangkak hanya RM30 sahaja dengan muatan tiga orang. Mungkin mustahil tapi itulah pengalaman saya yang ingin saya kongsikan kepada anda.
 |
4A-FE specifications
|
Toyota seg Ae101 mempunyai dua variasi iaitu bersesaran 1.6cc dan juga 1.3cc. Ae101 super touring dan produk selanjutnya seperti Ae111:
 |
standard Toyota Ae101
|
 |
Toyota seg Ae111
|
 |
| Ae111 second model |
 |
Toyota seg Ae101 US spec
|
 |
Toyota seg super touring
Kesimpulannya bagi saya kereta Toyota seg ini mempunyai ciri-ciri sebuah kereta yang masih sesuai digunakan walau agak ketinggalan zaman kerana hasil mutu pembuatannya yang baik pada masa itu dan mungkin juga kini.
|
 |
Modifikasi
Bersambung..... |