Friday, July 20, 2012

Rokok elektronik e-cigar

     Esok adalah 1 Ramadhan 1433h bermulalah umat islam menjalankan ibadah puasa. Semoga semua umat islam kali ini memperoleh keberkatan dan dapat berpuasa penuh seperti yang diwajibkan oleh islam.

     Sehubungan dengan itu bagi perokok tegar ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengurangkan ketagihan merokok juga mungkin berhenti merokok dengan serta merta atau berperingkat. Adalah sukar bagi seorang perokok tegar untuk berhenti mendadak dari merokok kerana sudah biasa dengan tabiat harian yang amat sukar dikurangkan. Saya adalah seorang perokok dan kali ini saya berazam untuk berhenti merokok. Hampir 14 tahun saya merokok dan saya rasa cukuplah setakat ini sebelum saya berkeluarga. Yang paling penting dapat mengurangkan penyakit kronik yang lain. Ini adalah antara langkah atau cara hendak berhenti merokok.
Model EGO F1

     Salah satu cara saya yang tersendiri adalah dengan mengurangkan kadar pengambilan rokok konvensional dan menggantikannya dengan rokok elektronik atau e-cigarette. Dengan cara ini saya dapat mengurangkan kemasukan karbon monoksida, cynogen (gas berbahaya), tar, polonium-201(radioaktif), acetone (cat), arsenic (racun anai-anai) dan juga bahan lain yang sangat merbahaya. Walaupun kandungan e-liquid yang digunakan pada rokok elektronik masih mempunyai nikotin tetapi ia dapat mengurangkan risiko dari bahan kimia yang disebut kan.


“The World Health Organization does not consider the electronic cigarette to be a legitimate nicotine replacement therapy,” he said.
The devices, which resemble real cigarettes and are powered by rechargeable batteries, produce a nicotine mist that is absorbed in the lungs. The cigarettes, made of steel, have a chamber for storing liquid nicotine in different concentrations.
“It is of great concern that certain manufacturers of these cigarettes around the world have included WHO’s name, for example on their Web (sites) or on their package inserts or on their advertisements, as having endorsed these products,” Bettcher said.
No tests have been made to find out exactly what the nicotine cartridges contain, he said.
“Also there’s no experience in pharmacology yet of nicotine replacement therapies which actually inhale nicotine into the lungs,” he said
:Dipetik dari Douglas Betcher yang mengetuai WHO's Tobacco free initiative.
     Mengikut petikan ayat diatas, beliau tidak menunjukkan yang rokok elektronik itu merbahaya sebaliknya dia menafikan e-cigar sebagai alternatif untuk berhenti merokok. Selain itu belum ada kajian atau ujikaji yang menunjukkan rokok elektronik ini membawa kesan sampingan yang merbahaya

     Selepas saya membeli rokok elektronik melaui internet dari seorang sahabat saya dengan serta merta saya mencuba e-cigar tersebut dengan mengenepikan rokok biasa. Ujian pertama saya cuma selama tiga hari. Hasil dari ujian tersebut saya dapat rasakan pernafasan saya bertambah baik begitu juga penglihatan mata saya yang rabun. Semasa saya bangun dari tidur dan melihat dijendela tiba-tiba saya terkejut dengan pandangan mata yang segar dan lebih jelas. Saya tidak menjangka perkara ini dan ia sangat menggembirakan saya. Selain itu saya menjadi kurang minat terhadap rokok biasa! Saya juga kerap mengalami pedih ulu hati sebelum ini tambah lagi bila saya lewat dari jadual makan saya. Hampir seminggu ini saya sangat jarang mengalami pedih ulu hati dan ini juga amat menggembirakan saya. Baru sembilan hari saya meninggalkan rokok biasa sudah banyak kelebihan yang saya nampak dengan menghisap rokok elektronik ini. 
     Walau tiada pembakaran dalam rokok elektronik ini tetapi rasanya masih seperti rokok biasa. Wap yang dihasilkan juga tidak jauh berbeza dengan rokok biasa dan hampir sama. Terdapat berbagai-bagai perisa yang boleh dipilih antara yang hangat dipasaran ialah perisa Redbull, grape, chocolate dan lain-lain. Mudah dibawa kemana sahaja dan tidak mengotorkan tempat. Boleh dihisap dimana-mana sahaja tidak kira didalam rumah, kereta atau tempat berhawa dingin. Wap yang berupa asap itu tidak akan mengganggu orang lain disekeliling kita kerana ia bukanlah asap, cuma wap sahaja. 
     Dari segi fizikal rokok elektronik ini juga, ia mudah di cas samada menggunakan usb ataupun plug rumah. Pengecasan hanya mengambil masa kurang dari sejam dan baterinya tahan selama dua hari. Sebotol e-liquid ini kebiasaannya berharga RM15-18 untuk 10ml bergantung dari mana ia diimport. Untuk sekali isi ia boleh bertahan selama sehari. Sebotol liquid 10ml untuk perokok tegar seperti saya boleh  bertahan sehingga dua minggu. Penyelenggaraan rokok elektronik atau e-cigar ini amat mudah dan selamat. Alat ganti juga mudah diperolehi dan murah.
e-liquid shrink and bottle

Semua tulisan artikel ini adalah hanya dari pengalaman saya. Sebelum itu saksikan video ini. Selamat mencuba :)

3 comments :

  1. hmm nanti ade bajet untuk tu nak gak ada 1 hehe

    ReplyDelete
  2. boleh sajer asalkan niat nk benti mrokok hehe

    ReplyDelete
  3. puasa blh batal ka kalo hisap rokok eletrik ???

    ReplyDelete