Monday, February 10, 2014

Mengapa ramai membenci JDT

Kenapa JDT dibenci?

     Mungkin anda memang sengaja atau tidak sengaja menaip pada Google search. Mungkin juga kebencian anda membawa anda untuk mencari apakah punca sebenar timbulnya benci itu atau mencari kawan-kawan pasukan pembenci pasukan Johor DT. Tidak mustahil orang yang menaip 'mengapa JDT dibenci ini adalah peminat dan penyokong setia skuad bolasepak selatan tanah air, JOHOR DARUL TAKZIM.


     Secara tidak sengaja ingin saya maklumkan disini bahawa sememangnya apabila suatu kebangkitan telah muncul dengan secara tidak sengaja ada yang iri hati dengan sesuatu kebaikan atau kemajuan. Jauh dari dalam hati saya pernah melihat dan mendengar sendiri dari pengalaman saya perasaan iri hati sesetangah masyarakat bila sesorang yang rajin pergi ke surau atau masjid menunaikan fardu secara berjemaah. Mulalah mencari kelemahan orang itu, mungkin ada yang mengeluarkan perkataan 'si fulan tu rajin ke masjid, tapi miskin jugak...tapi tak kaya pun....tapi anak bini tidak terjaga' atau apa segala kelemahan yang kita nampak . Kalau anda kata saya bercakap bohong bermakna anda seorang yang suci. Ataupun anda ego akan diri anda sendiri, anda menipu diri anda. Begitu juga dengan segala kemajuan dan perkara positif lain pasti ada pembenci, penghina, pencerca dan segala macam perasaan untuk menyampaikan luahan. Dari mana perasaan itu muncul. Mungkin perasaan sakit hati pada seseorang. Lebih jelas lagi mungkin rakyat Malaysia tidak menyukai TMJ atau Sultan Johor. Tetapi..apakah yang menyebabkan mereka menjadi perkara utama dalam ruang minda anda. Jika mereka melakukan kesalahan apakah kaitan dengan anda. Cuba fikir hanya mereka sahajakah yang melakukan dosa. Adakah anda bersih dan suci dari segala dosa, bagaimana pula dengan ayah kamu, ibu kamu, adik kakak abang..atau saudara mara kamu? Adakah mereka sangat suci dari dosa. Ohh..mungkin mereka hanya pernah melakukan dosa-dosa kecil.


     Anda benci penyokong Johor atau JDT?? benci sangat-sangat? Sehingga ingin membunuh mereka? Tidak mustahil sama sekali ada yang berniat demikian, terutama sekali bagi mereka yang baru mula meminati bola sepak Malaysia selepas lelah mengutuk kelemahan-kelemahan bola sepak Malaysia. Tapi bagaimana pula mereka boleh kembali meminati liga Malaysia?? Adakah kerana bencinya kamu terhadap JDT? Adakah kerana kemajuan liga M? Adakah kerana kebangkitan pasukan yang lama tidur dari selatan? Jadi bagaimana tuan-tuan? Apakah niat sebenar kamu menyokong pasukan kesayangan kamu? Cuba fikir-fikirkan. Jawapannya ada dibenak minda kamu.


     Dulu bolasepak di Malaysia sangat muram. Selepas Kelantan mendapat tajaan yang hebat dari para penganjur mereka membeli pemain-pemain import yang mahal. Mereka membeli jurulatih yang hebat dan mereka berjaya. Walaupun pernah stadium terbakar suatu masa dahulu. Itu cerita lama, yang tidak dapat dilupakan. Mungkin salah pengadil. Mungkin salah diri sendiri yang taksub baru berjinak-jinak mahu mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia. Apakah salahnya Johor atau JDT bangkit demi memartabatkan sukan kegemaran kita ini. Apalah daya mereka yang baru hendak menaikkan sukan bolasepak ini berlebih-lebihan. Itupun dengan berkat kesungguhan TMJ yang selama ini ingin melihat sukan bola sepak ini maju kehadapan. Ini pun ramai yang tidak setuju kerana....kerana kebencian kamu itu terhadap TMJ atau Sultan Johor yang dianggap lanun. Betul ke lanun? ada bukti sahih mereka itu lanun? Jika benar pun itu dulu. Mungkin ratusan tahun dahulu. Kalau ini yang anda mahu rakyat Johor dan Sultan Johor mengaku lanun terpulanglah. Cerita lama.


     Sesuatu perkara itu tidak akan  muncul sekiranya tiada punca yang negatif mahupun yang positif. Tidak kira pasukan manapun yang ada pilih dan anda sokong, semangat perpaduan tetap menjadi tonggak utama. Setiap orang melakukan kesalahan, setiap orang mahukan kemajuan dan juga setiap orang mahu memuaskan hati dan nafsu sendiri. Jangan terlalu bersangka baik terhadap diri anda sendiri mahupun pasukan anda. Semuanya ada kelemahan. Kita tidak Maksum tuan-tuan. Apa yang dapat dilihat disini kebencian sesama kita punca terjadinya insiden-insiden kata-kata sesat dan mendorong kita kepada jurang sesama islam sahaja. Tiada yang positif untuk kita. Kasihanlah mereka yang beraksi dipadang mahukan sokongan sorakan dan bukan herdikan sesama penyokong mahupun kepada pemain. Fikirlah perkara yang positif, lepaskanlah perasaan benci itu sesungguhnya Allah memberi jalan dan meyukai hubungan silaturahim yang erat sesama kita. Majulah sukan untuk negara!

3 comments :

  1. Kau yg salah paham napa org menyampah dgn johor.. bkn jdt.. dengan perangai org johor tu sendiri.. selama ni org selalu kaitkan kelantan dgn sifat kenegerian dorg.. sedangkan johor lagi teruk.. bkn sekadar bangga dengan negeri sendiri, tapi melekeh dan merendahkan negeri lain.. majoriti kwn aku yg berbangsa johor mcm tu.. enough said..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete